Pages

Monday 19 December 2011

Latihan kedatangan kuasa luar(Pengayaan)

Lembaran Kerja (Pengayaan)

A.)Tandakan () untuk pernyataan yang benar.
1. Alfonso memimpin 16 buah kapal perang ke Melaka untu perundingan. -----------   (        )
2. Pada tahun 1509, Melaka dikalahkan oleh Portugis dan dihapuskan. --------------- (        )
3. Portugis menjajah Melaka selama 130 tahun. --------------------------------------- (        )
4. Orang Belanda bersepakat dengan Sultan Johor untuk menyerang orang  Portugis
    di Melaka. -------------------------------------------------------------------------  (        )
5. British dan Belanda menandatangani Perjanjian British-Belanda pada tahun
   1824. -------------------------------------------------------------------------------  (        )

B.) Pilih jawapan yang betul.
1. Susunkan kuasa luar yang menjajah Melaka mengikut urutan.
    I   Belanda
    II  British
III Portugis
A.  I, II, III                             C. III, I, II
     B.  II, I, III                             D. III, II, I

2. Siapakah orang Portugis yang pertama memimpin kapal tiba di Melaka?
     A.  Birch                                            C. Diego Lopez de Sequeira
     B. Alfonso D’Albuquerque                 D. Brooke
3. Berapa lamakah orang Portugis menjajah Melaka?
     A. 183 tahun                               C. 130 tahun
     B. 150 tahun                               D. 103 tahun
4. Mengapakah orang Belanda menyerang Melaka?
    A. memperkembangkan agama Kristian
    B. membanggakan negara
    C. mendapat perlindungan
D. Merampas perniagaan perdagangan.
5. Pada tahun 1795, Belanda menyerahkan Melaka kepada
    A. British                                         C. Jepun
B,Perancis                                       D. India

C.) Isi tempat kosong.
1. Melaka pernah dijajah oleh ______________, ______________ dan ______________.
2. Belanda mengalahkan Portugis di Melaka dan menjajah Melaka pada tahun _________.
3. Orang Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui
     _____________________________.
4. Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun ____________.
5. Orang Portugis menawan Melaka  untuk  menguasai __________________________.
6. Belanda menyerang orang Portugis di Melaka kerana ingin menguasai
   _________________________.


1641         perdagangan rempah        1511         Portugis          British     


Belanda          perdagangan bijih timah         Perjanjian British-Belanda
                           


D) Isikan huruf A, B atau C berdasarkan pernyataan.



A  Portugis       B  Belanda      C  British

1. Datang ke Melaka untuk berdagang pada tahun 1509. -------------------------------(        )
2. Mengambil alih Melaka dan tangan orang Belanda di bawah satu perjanjian.  ---  (        )
3. Menjadikan Betawi sebagai satu pusat perdagangan di Asia Tenggara . ----------  (        )
4. Memimpin 16 buah kapal perang ke Melaka untuk perundingan. ------------------  (        )
5. Melaka kerana ingin menguasai perdagangan rempah dan memperkembangkan agama Kristian. ----------------------------------------------------------------------
(       )  
6. Menjajah Melaka selama 183 tahun bermula dari tahun 1641 hingga 1824. ------  (        )





















Wednesday 23 November 2011

Kota A'Famosa

 KOTA A'FAMOSA

   Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.

   Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

   Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

   Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.