Pages

Tuesday, 22 November 2011

Set Induksi RPH Kesultanan Melayu Melaka

Mata pelajaran : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari      : 14 November 2011 ( Isnin )
Masa                : 12:40 – 1:10 petang (30 minit)
Tahun               : 5H
Bilangan murid: 35 orang
Tajuk                : Kesultanan Melayu Melaka
Sub tajuk          : Kedatangan kuasa luar
    a) Portugis
    b) Belanda
c) British
Hasil pembelajaran :1)Menamakan kuasa-kuasa luar yang datang ke Melaka.
                                 2)Menerangkan faktor-faktor kuasa luar menawan Melaka.
                                 3)Menyatakan cara kedatangan Portugis ke Melaka.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid mengetahui Melaka pernah dijajah oleh kuasa luar sebelum mencapai kemerdekaan.
Alat bantu mengajar : Buku teks, peta, kad nama, kad ayat,  Ms power point, projektor, komputer, digital scanner, gambar bangunan peninggalan sejarah
Nilai: Cinta akan negara, bersyukur, perpaduan . bekerjasama, mendengar arahan,  semangat patriotik, berbangga dengan hasil peninggalan
          sejarah
KBKK: Menghubungkait, mengenalpasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab, merumus dan meringkas, menyusun atur, menjana idea,
              menyelesaikan masalah. 

Langkah/
Masa

Isi  Pelajaran
Aktiviti  Guru
Aktiviti Murid
Sumber/Strategi/ABM/Kaedah/
Nilai/KBKK

Set induksi

(8 minit)











Pengenalan kepada serangan kuasa luar ke atas Melaka

1.) Guru tunjukkan peta Malaysia dan bertanya  soalan kepada murid.
 Soalan:
Guru:  Apakah negeri yang ditunjukkan dalam peta itu?
Murid: Melaka

2.) Guru meminta murid melekatkan kad nama Melaka di atas peta.

3.) Guru bertanyakan soalan untuk
menghubungkaitkan dengan
pengalaman pengajaran lepas bagi membantu murid mengingat
kembali peristiwa pembukaan
Melaka.
Soalan:
Guru: Siapakah yang mengasaskan Melaka?
Murid: Parameswara
Guru:  Mengapakah negeri itu dinamakan sebagai  Melaka?
Murid: Ini disebabkan peristiwa  pelanduk berlawan dengan anjing. Parameswara menyaksikan seekor pelandukvtelah menewaskan seekor  
anjing di tepi  sungai pokok apabila  beliau berehat di bawah pokok Melaka. Beliau berehat berasa tempat ini ialah sebuah tempat yangnbertuah dan memutuskan untuk menetap di sana.
Guru:  Di bawah pimpinan para pemerintah, bagaimanakah
dengan perkembangan Melaka?
Murid: Perkembangan Melaka pesat dan menjadi pelabuhan yang terkenal dengan aktiviti perdagangan.
4.) Guru melekatkan gambar kapal serang ke dalam peta(selat
Melaka) dan meminta murid meramal   peristiwa yang berkemungkinan akan terjadi kemudian.
Soalan:
Guru :  Lihat gambar ini, mengapakah kapal-kapal ini datang ke Melaka ?
Murid : Lawatan/ berdagang/ berniaga/ menyerang Melaka/
menakluki Melaka
Guru :  Ramalkan apa yang akan  terjadi kepada Melaka jika kapal itu ialah kapal serang ?
Murid: Diserang  musuh/ dijajah oleh
kuasa luar
5. Guru meminta murid-murid menghubungkaitkan serangan musuh di Melaka dengan pembelajaran  hari ini.
Guru:  Adakah Melaka berjaya dijajah oleh kuasa asing.?
Murid: Ada.
Guru:  Jadi, siapa boleh bagi tahu cikgu tajuk yang akan kamu belajar  pada hari ini?
Murid: Serangan kuasa luar ke atas Melaka.
1. Murid memerhatikan peta dan menjawab soalan guru.

2. Murid melekatkan kad nama pada peta Malaysia.

3. Murid menjawab soalan-soalan guru dan mengingat kembali pengetahuan lepas.

4. Murid memerhati gambar kapal serang yang dilekat pada selat Melaka dan meramal peristiwa yang akan berlaku.

5. Murid merumuskan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.
Strategi:
Berpusatkan bahan dan murid

Kaedah:
Soal-jawab,

ABM:
Peta Semenanjung Malaysia, kad nama, gambar kapal serang.

KBKK:
Menghubungkait
Mengingat kembali

REFLEKSI:
         Selepas menjalankan rancangan pengajaran harian ini, saya mendapati pengurusan masa saya masih kurang memuaskan. Masa yang diperuntukkan sepatutnya 8 minit tetapi saya hanya menggunakan masa 5-6 minit untuk menghabiskan set induksi. Ini mungkin kerana soalan yang saya tanya tidak banyak dan terlalu mudah untuk dijawab.  Selain itu, soalan-soalan tersebut harus ditujukan kepada lebih ramai murid sama ada murid yang mahu jawab ataupun murid yang tidak ingin menjawab soalan agar jawapan yang pelbagai dapat diperolehi. Penguasaan saya terhadap kemahiran menyoal masih kurang memuaskan. Soalan yang ditanya tidak dapat menarik sesetengah murid-murid untuk terlibat dalam pengajaran. Mereka kelihatan kurang bersemangat dalam pembelajaran. Dengan adanya pengalaman ini, saya berpendapat lebih banyak soalan harus ditanya dan tahap kesukaran soalan-soalan itu haruslah sesuai dengan tahap penguasaan murid. Di samping itu, saya patut memberi lebih banyak peluang kepada murid-murid untuk mengenukakan jawapan mereka dan mengggalakkan muri-murid giat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu, suasana pembelajaran yang kondusif baru dapat dibentuk. Peneguhan positif harus diberikan kepada murid-murid untuk membina keyakinan diri.   Walau bagaimanapun, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik seperti peta, kad nama, gambar kapal telah menarik perhatian murid kerana mereka boleh bergerak ke depan untuk melekat gambar dan kad tetapi bukan hanya duduk di  tempat sendiri dan dengar penyampaian guru. Dengan itu, mereka lebih bersemangat untuk mengikuti pengajaran guru dan tidak berasa mengantuk. Saya berharap dengan penambahbaikan yang dilakukan, set induksi yang direka dapat menarik perhatian murid-murid dan mereka seronok untuk belajar sambil memperoleh pengetahuan yang berguna.

Mikro Pengajaran

Thursday, 17 November 2011

Keunikan Baba dan Nyonya

Kaum Baba Dan Nyonya
 
  Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.[perlu rujukan

Sejarah
   Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.[2]

   Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.

   Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.

   Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

Budaya
   Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

   Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

    Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.


Pakaian

    Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.
   Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dari Jepun.
   Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.
Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya encim', serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.

 Agama

   Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.[3]

 Masakan

   Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan rempah masakan Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di singapura.

 Perkahwinan

  Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.[4] Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.[5][6]

    Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.

   Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.[7]

    Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.

   Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Muzium Warisan Baba Dan Nyonya




PDF  Print    Write e-mail
babanyonyamuseum
Muzium Warisan Baba dan Nyonya
Jalan Tun Tan Cheong Lock, Melaka
    Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali
sebagai Millionaire’s Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba. Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.