Pages

Tuesday 22 November 2011

Set Induksi RPH Kesultanan Melayu Melaka

Mata pelajaran : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari      : 14 November 2011 ( Isnin )
Masa                : 12:40 – 1:10 petang (30 minit)
Tahun               : 5H
Bilangan murid: 35 orang
Tajuk                : Kesultanan Melayu Melaka
Sub tajuk          : Kedatangan kuasa luar
    a) Portugis
    b) Belanda
c) British
Hasil pembelajaran :1)Menamakan kuasa-kuasa luar yang datang ke Melaka.
                                 2)Menerangkan faktor-faktor kuasa luar menawan Melaka.
                                 3)Menyatakan cara kedatangan Portugis ke Melaka.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid mengetahui Melaka pernah dijajah oleh kuasa luar sebelum mencapai kemerdekaan.
Alat bantu mengajar : Buku teks, peta, kad nama, kad ayat,  Ms power point, projektor, komputer, digital scanner, gambar bangunan peninggalan sejarah
Nilai: Cinta akan negara, bersyukur, perpaduan . bekerjasama, mendengar arahan,  semangat patriotik, berbangga dengan hasil peninggalan
          sejarah
KBKK: Menghubungkait, mengenalpasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab, merumus dan meringkas, menyusun atur, menjana idea,
              menyelesaikan masalah. 

Langkah/
Masa

Isi  Pelajaran
Aktiviti  Guru
Aktiviti Murid
Sumber/Strategi/ABM/Kaedah/
Nilai/KBKK

Set induksi

(8 minit)











Pengenalan kepada serangan kuasa luar ke atas Melaka

1.) Guru tunjukkan peta Malaysia dan bertanya  soalan kepada murid.
 Soalan:
Guru:  Apakah negeri yang ditunjukkan dalam peta itu?
Murid: Melaka

2.) Guru meminta murid melekatkan kad nama Melaka di atas peta.

3.) Guru bertanyakan soalan untuk
menghubungkaitkan dengan
pengalaman pengajaran lepas bagi membantu murid mengingat
kembali peristiwa pembukaan
Melaka.
Soalan:
Guru: Siapakah yang mengasaskan Melaka?
Murid: Parameswara
Guru:  Mengapakah negeri itu dinamakan sebagai  Melaka?
Murid: Ini disebabkan peristiwa  pelanduk berlawan dengan anjing. Parameswara menyaksikan seekor pelandukvtelah menewaskan seekor  
anjing di tepi  sungai pokok apabila  beliau berehat di bawah pokok Melaka. Beliau berehat berasa tempat ini ialah sebuah tempat yangnbertuah dan memutuskan untuk menetap di sana.
Guru:  Di bawah pimpinan para pemerintah, bagaimanakah
dengan perkembangan Melaka?
Murid: Perkembangan Melaka pesat dan menjadi pelabuhan yang terkenal dengan aktiviti perdagangan.
4.) Guru melekatkan gambar kapal serang ke dalam peta(selat
Melaka) dan meminta murid meramal   peristiwa yang berkemungkinan akan terjadi kemudian.
Soalan:
Guru :  Lihat gambar ini, mengapakah kapal-kapal ini datang ke Melaka ?
Murid : Lawatan/ berdagang/ berniaga/ menyerang Melaka/
menakluki Melaka
Guru :  Ramalkan apa yang akan  terjadi kepada Melaka jika kapal itu ialah kapal serang ?
Murid: Diserang  musuh/ dijajah oleh
kuasa luar
5. Guru meminta murid-murid menghubungkaitkan serangan musuh di Melaka dengan pembelajaran  hari ini.
Guru:  Adakah Melaka berjaya dijajah oleh kuasa asing.?
Murid: Ada.
Guru:  Jadi, siapa boleh bagi tahu cikgu tajuk yang akan kamu belajar  pada hari ini?
Murid: Serangan kuasa luar ke atas Melaka.
1. Murid memerhatikan peta dan menjawab soalan guru.

2. Murid melekatkan kad nama pada peta Malaysia.

3. Murid menjawab soalan-soalan guru dan mengingat kembali pengetahuan lepas.

4. Murid memerhati gambar kapal serang yang dilekat pada selat Melaka dan meramal peristiwa yang akan berlaku.

5. Murid merumuskan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.
Strategi:
Berpusatkan bahan dan murid

Kaedah:
Soal-jawab,

ABM:
Peta Semenanjung Malaysia, kad nama, gambar kapal serang.

KBKK:
Menghubungkait
Mengingat kembali

REFLEKSI:
         Selepas menjalankan rancangan pengajaran harian ini, saya mendapati pengurusan masa saya masih kurang memuaskan. Masa yang diperuntukkan sepatutnya 8 minit tetapi saya hanya menggunakan masa 5-6 minit untuk menghabiskan set induksi. Ini mungkin kerana soalan yang saya tanya tidak banyak dan terlalu mudah untuk dijawab.  Selain itu, soalan-soalan tersebut harus ditujukan kepada lebih ramai murid sama ada murid yang mahu jawab ataupun murid yang tidak ingin menjawab soalan agar jawapan yang pelbagai dapat diperolehi. Penguasaan saya terhadap kemahiran menyoal masih kurang memuaskan. Soalan yang ditanya tidak dapat menarik sesetengah murid-murid untuk terlibat dalam pengajaran. Mereka kelihatan kurang bersemangat dalam pembelajaran. Dengan adanya pengalaman ini, saya berpendapat lebih banyak soalan harus ditanya dan tahap kesukaran soalan-soalan itu haruslah sesuai dengan tahap penguasaan murid. Di samping itu, saya patut memberi lebih banyak peluang kepada murid-murid untuk mengenukakan jawapan mereka dan mengggalakkan muri-murid giat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu, suasana pembelajaran yang kondusif baru dapat dibentuk. Peneguhan positif harus diberikan kepada murid-murid untuk membina keyakinan diri.   Walau bagaimanapun, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik seperti peta, kad nama, gambar kapal telah menarik perhatian murid kerana mereka boleh bergerak ke depan untuk melekat gambar dan kad tetapi bukan hanya duduk di  tempat sendiri dan dengar penyampaian guru. Dengan itu, mereka lebih bersemangat untuk mengikuti pengajaran guru dan tidak berasa mengantuk. Saya berharap dengan penambahbaikan yang dilakukan, set induksi yang direka dapat menarik perhatian murid-murid dan mereka seronok untuk belajar sambil memperoleh pengetahuan yang berguna.

No comments:

Post a Comment